Pages

Sunday, 27 March 2016

 
Lirik Sayang Aku Rindu
Percayalah ku setia
Jangan pernah ragu
Cintaku

Yang selalu memanggil namamu
Disetiap detak jantungku
Hampa mengunci jiwa
Saat jauh dari kasihmu

Benar-benar aku tak mampu
Hidup tanpa mu memeluk ku

Maafkanlah diriku
Yang pernah selalu melupakan
Setiap kasih yang kau beri
Setiap cinta yang kau bagi

Sungguh sepi malam ku
Tak seperti saat dengan mu
Tika kau ada disisiku
Menghiasi mimpi indahku

Sayang sayang aku rindu
Setengah mati padamu
Sayang sayang ku tak mungkin
Sendiri tanpa dirimu

Engkaulah bintang dimalamku
Cahaya disetiap gelapku
Dirimulah cinta sejati

Sayang sayang aku rindu
Setengah mati padamu
Sayang sayang ku tak mungkin
Sendiri tanpa dirimu

Percayalah ku setia
Jangan pernah ragu cintaku
Yang selalu memanggil nama mu
Disetiap detak jantungku
Aku Rindu..
 
Loceng bunyi
Terus teruja sambil ku lari
Namun hampa bila ku dapati
Surat lagi
Dengan rantai emas dari mu


Prada Gucci
Depan mata tapi tak peduli
Dengan apa-apa yang kau beri

Hari-hari
Ku bukan gadis yang kamu boleh beli


Oh aku (tak mahu, ku tak mahu)
Emas permata (tak mahu, ku tak mahu)
Apa pun darimu
Cintaku tak perlu
Dijual beli dengan duit mu


Tetapi (ku mahu, aku mahu)
Kau disisiku (ku mahu, aku mahu)
Kau melayan aku selalu
Dengarlah hatiku
Dengan hati tulus kerna
I am not for sale


Rumah ini
Hanya dipenuhi dengan bunyi
Gema kasut Jimmy Choo kau beli, untuk hari jadi
Yang bukan kau hantar pun sendiri

http://liriklagu-songlyrics.blogspot.com/2015/03/lirik-lagu-not-for-sale-stacy-altimet.html

Kau selalu
Suruh ku bawa Maseratti mu
Beli belah dengan Mastercard mu
Tahukah mu
Ku bukan gadis yang kamu boleh beli


Oh aku (tak mahu, ku tak mahu)
Emas permata (tak mahu, ku tak mahu)
Apa pun darimu
Cintaku tak perlu
Dijual beli dengan duit mu


Tetapi (ku mahu, aku mahu)
Kau disisiku (ku mahu, aku mahu)
Kau melayan aku selalu
Dengarlah hatiku
Dengan hati tulus kerna
I am not for sale


[Altimet]
Kalau aku tak berharta
Kau pandang sebelah mata
Kalau aku tak berkereta
Kau takkan belanja masa


Jadi, aku beri semua
Kalau hilang esok kita beli semula
She's curvin' and i let her have her way
Hermes like everyday’s your birthday


Margiela untuk Mi Bella
Biar aku sponsor Isabell Marantnya
Bon untuk aku
Muller
Skydweller serba satu


GT atau QP pilih Maseratti
Kalau berhijab ada skaf Cavalli
Givenchy, Tisci
Hanya untuk bini
Kalau not for sale kenapa masih di sini


Lirik lagu Stacy feat Altimet - Not For Sale

Tonton video klip Not For Sale - Stacy & Altimet

Temu Ramah/Dailog: Faedah-faedah Membaca.

Amar : Assalamualaikum…!

Aini    : Waalaikummussalam…! Eh, Amir! Ingatkan siapa tadi. Duduklah…

Amar : Terima kasih. Awak baca buku apa tu…

Aini : Saya baca buku agama bertajuk ‘Bukti-bukti Kebesaran Allah’. Banyak kebaikannya
         membaca buku ini. Antaranya, saya dapat merasai keimanan saya semakin meningkat.

Amar : Baguslah! Dengan membaca, pengetahuan kita tentu akan bertambah. Sebab itulah
           kebanyakan orang yang rajin membaca akan berjaya dalam bidang yang diceburi
           mereka.

Aini : Kenapa pula awak datang ke sini, Amar?

Amar : Sebenarnya saya memang sengaja datang ke sini kerana ingin berbual-bual sahaja
           sebagai mengisi masa lapang saya sekarang…

Aini : Oh, begitu! Kenapa awak tidak isikan masa lapang tersebut dengan membaca buku-buku.
         Dapatlah masa lapang itu diisi dengan perkara-perkara yang lebih berfaedah.

Amar : Betul Aini. Tapi… saya rasa berbual-bual dengan awak pun perkara yang berfaedah juga.
           Kita boleh berbual tentang pelajaran dan sebagainya.

Aini
: Eem… betullah tu, tetapi jika hanya berbual kosong, lebih eloklah kita membaca buku.
         Melalui membaca juga, pembendaharaan kata kita akan semakin bertambah.Maaf, boleh
         saya bertanya, markah kertas ujian karangan kamu baru-baru ini berapa?

Amar : Eh, malulah nak cakap! Saya cuma mendapat 65 peratus sahaja. Saya rasa susahlah nak
           buat karangan tu. Awak pula bagaimana?

Aini : 95 peratus! Dahulupun saya macam awak juga tetapi setelah saya selalu membaca, saya
         berasa lebih mudah untuk membina ayat dalam karangan. Awak selalulah membaca,
         mungkin awak akan mendapat markah yang lebih tinggi nanti.

Amar : Betul juga cakap awak. Selepas ini saya akan cuba isikan masa lapang saya dengan
           membaca buku.

Aini : Baguslah macam itu. Saya harap awak akan berjaya. Lagipun membaca juga dapat
         menghiburkan kita tau. Banyak buku cerita yang boleh menghiburkan kita di pasaran
         sekarang seperti majalah ‘Kuntum’ dan sebagainya.

Amar : Saya selalu terlihat majalah yang memaparkan model seksi di muka depannya dijual
           di gerai-gerai buku. Saya berasa janggallah untuk membelinya.

Aini : Amar! Amar! Bukan semua majalah sesuai untuk kita membacanya. Pilihlah majalah yang
         baik yang boleh meningkat ilmu pengetahuan kita. Bukannya majalah yang menyebabkan
         kita berbuat dosa.

Amar : Terima kasih Aini atas nasihat awak. Eloklah saya pulang dahulu. Hari pun sudah semakin
           senja.

Aini : Baiklah.

Fakta: Faedah-faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum


Tulis faedah menyertai aktiviti kokurikulum.

_____________________________________________________________________________


Faedah-faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum kerana kegiatan ini mempunyai banyak faedahnya.
         
Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah dapat memenuhkan masa lapang. Pelajar yang aktif dalam kegiatan ini akan terhindar daripada terlibat dengan gejala sosial kerana banyak masa mereka digunakan untuk aktiviti kokulrikulum di sekolah seperti sukan dan sebagainya. Oleh itu, masa lapang dapat diisi dengan kegiatan yang lebih berfaedah.
         
Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada berbagai-bagai jawatan dalam persatuan seperti jawatan pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Sebagai contoh, apabila pelajar memegang jawatan pengerusi, mereka akan belajar menjadi ketua. Dengan itu, pelajar akan belajar menjadi pemimpin.
             
Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk disiplin diri. Sebagai contoh, kegiatan-kegiatan ini dijalankan mengikut peraturan dan jadual yang telah ditetapkan. Kita perlu mematuhi peraturan dan jadual tersebut supaya segala aktiviti yang direncana dapat dijalankan dengan lancar. Oleh itu, kita akan menjadi lebih berdisiplin apabila terlibat dengan kegiatan kokurikulum.

Tambahan pula, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap persatuan dan kelab tentunya disertai oleh ramai ahli serta terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul dan bertukar-tukar pendapat. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesama mereka dan seterusnya akan mewujudkan perpaduan antara kaum.
     
Akhir sekali, badan kita akan menjadi sihat apabila menyertai kegiatan kokurikulum seperti menyertai pertandingan bola sepak dan sebagainya. Untuk menang dalam pertandingan yang disertai, kita akan menjalani latihan. Dengan latihan itu, badan kita akan mengeluarkan peluh. Ini tentu akan menjadikan kita cergas, sihat, kuat dan tidak akan mudah dijangkiti penyakit.  

Kesimpulannya, terdapat banyak faedah menyertai kegiatan kokurikulum. Pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak melibatkan diri dalam kegiatan ini demi kebaikan anak-anak mereka.

Perumpamaan

-Bagai mencurah air ke daun Keladi
=Memberi nasihat kepada orang uang tidak mahu menerima

CONTOH AYAT:
Nasihat yang diberikan oleh Wani kepada Rita itu  bagai mencurah air ke daun keladi kerana rita memang terkenal dengan sifatnyang tidak mendengar nasihat.
Perumpamaan

-Bagai cincin dengan permata
=Pasangan yang sama padan

CONTOH AYAT:
 Pasangan itu bagai cincin dengan permata kerana mereka sama cantik dan kedua-dua daripada keluarga yang berada.
Simpulan Bahasa

-Ada hati
=Ingin akan sesuatu/keinginan yang melebihi kesanggupan.

CONTOH AYAT:
Kamal ada hati untuk berkahwin dengan anak gadis Pak Jamal walaupun Kamal tahu antara keluarganya dengan keluarga Pak Jamal tidak setaraf.

Friday, 25 March 2016

Simpulan Bahasa

-Ulat buku
=Orang yang sentiasa membaca buku walau di mana-mana berada

CONTOH AYAT:
Budak yang ulat buku itu telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang lalu.
Simpulan Bahasa

-Raja sehari
=Pasangan yang baru berkahwin.

CONTOH AYAT:
Pasangan raja sehari itu mengadakan majlis persandingan mereka di sebuah hotel yang terkenal di ibu negara.

Simpulan Bahasa

-Bekas tangan
=Hasil kerja tangan seseorang

CONTOH AYAT:
-Lukisan Mona Lisa merupakan bekas tangan Leonardo Da Vinci yang sangat dikagumi ramai.

Simpulan Bahasa

- Gulung tikar
= Perniagaan yang muflis .

CONTOH AYAT:
Perniagaan Encik Lee gulung tikar setelah orang kepercayaanya pecah amanah.
Perumpamaan:
-Seperti katak dibawah tempurng
=Orang yang sangat sempit fikirannya

CONTOH AYAT:Hujah yang disampaikannnya menunjukkan di seperti katak di bawah tempurung kerana banyak antara hujahnya tidak bernas.

Ucapan: Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri

SOALAN: Sekolah kamu telah mengadakan kempen menjaga kebersihan diri. Kamu sebagai ketua murid diminta menyampaikan ucapan tentang cara-cara menjaga kebersihan diri.

***   ***   ***   ***   ***

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Tajuk ucapan saya pada pagi ini ialah  "Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri".

Hadirin sekalian,

Menjaga kebersihan diri amat penting untuk kebahagiaan hidup kita. Kita mesti memastikan telinga sentiasa bersih kerana telinga juga boleh mengalami pelbagai penyakit jika tidak dibersihkan dengan sebaiknya. Kita perlu membersihkan telinga sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan menggunakan putik kapas yang lembut.

Selain itu, kita mesti mandi pada setiap hari supaya badan kita bersih serta mengelakkan daripada terkena penyakit kulit dan berbau. Badan yang bersih akan menjadi kita sihat dan selesa.

Kita perlu menggosok gigi sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Kebersihan gigi amat penting untuk mengelakkan daripada kerosakan gigi serta menjadikan kita lebih berkeyakinan semasa bergaul dengan orang ramai.

Kita hendaklah memotong kuku kerana kuku yang panjang boleh menyimpan kekotoran. Kotoran yang melekat pada kuku yang panjang itu mengandungi kuman yang boleh tersebar ke dalam badan kita semasa kita makan. Ini akan menyebabkan kita terkena penyakit seperti cirit-birit dan sebagainya.

Hadirin sekalian,

Kita perlu menjaga kebersihan rambut dengan menggunakan syampu untuk membersihkan rambut kita. Rambut yang bersih tidak mudah dihinggapi kelemumur, kutu dan penyakit kulit kepala.

Kesimpulannya, menjaga kebersihan diri amat penting kepada manusia. Oleh itu, kita mestilah mengambil berat tentang kebersihan diri untuk keselesaan dan kebahagiaan hidup kita.

Sekian, terima kasih.