Ucapan: Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri
SOALAN: Sekolah kamu telah mengadakan kempen menjaga kebersihan diri. Kamu
sebagai ketua murid diminta menyampaikan ucapan tentang cara-cara
menjaga kebersihan diri.
*** *** *** *** ***
Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru serta
rakan-rakan seperjuangan sekalian. Tajuk ucapan saya pada pagi ini ialah
"Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri".
Hadirin sekalian,
Menjaga kebersihan diri amat penting untuk kebahagiaan hidup kita. Kita
mesti memastikan telinga sentiasa bersih kerana telinga juga boleh
mengalami pelbagai penyakit jika tidak dibersihkan dengan sebaiknya.
Kita perlu membersihkan telinga sekurang-kurangnya tiga kali seminggu
dengan menggunakan putik kapas yang lembut.
Selain itu, kita mesti mandi pada setiap hari supaya badan kita bersih
serta mengelakkan daripada terkena penyakit kulit dan berbau. Badan yang
bersih akan menjadi kita sihat dan selesa.
Kita perlu menggosok gigi sekurang-kurangnya tiga kali sehari.
Kebersihan gigi amat penting untuk mengelakkan daripada kerosakan gigi
serta menjadikan kita lebih berkeyakinan semasa bergaul dengan orang
ramai.
Kita hendaklah memotong kuku kerana kuku yang panjang boleh menyimpan
kekotoran. Kotoran yang melekat pada kuku yang panjang itu mengandungi
kuman yang boleh tersebar ke dalam badan kita semasa kita makan. Ini
akan menyebabkan kita terkena penyakit seperti cirit-birit dan
sebagainya.
Hadirin sekalian,
Kita perlu menjaga kebersihan rambut dengan menggunakan syampu untuk
membersihkan rambut kita. Rambut yang bersih tidak mudah dihinggapi
kelemumur, kutu dan penyakit kulit kepala.
Kesimpulannya, menjaga kebersihan diri amat penting kepada manusia. Oleh
itu, kita mestilah mengambil berat tentang kebersihan diri untuk
keselesaan dan kebahagiaan hidup kita.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment